Kongres PKR | Kongres PKR pada 16,17 Julai depan

2022-06-10 0

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan telah memutuskan untuk menganjak tarikh Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya diadakan pada akhir bulan ini kepada tarikh baharu, 16 dan 17 Julai depan.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kongres itu akan berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.